Set Berpantang dan Menyusu Lengkap

Program "Breastfeeding" Terbaik untuk Ibu dan "Milkbooster" untuk Bayi.

Set Collagen Powder

Nampak Lebih Mudah Remaja - Mengurangkan Kedutan dan Liang Roma.

Sumber Tenaga dan Kalsium

Mengubati Migraine dan Membekalkan Tenaga untuk Program Kurus yang Mudah.

Ramai Telah HAMIL Dengan Shaklee

Ingin Cepat Hamil? Sertai Program Kesuburan Shaklee Selamat dan Natural.

Vitamin C Terbaik

Anti oksidan semulajadi untuk tubuh penting untuk tulang, gusi dan gigi.

Thursday, 10 November 2016

Mudah Hamil Dengan Ikhtiar Terakhir Pasangan



Anak yang soleh dan solehah itu penyeri rumah tangga. Siapa yang tidak berasa sedih jika dah berbulan atau bertahun mencuba tapi masih lagi belum dapat tanda-tanda untuk hamil. Ada pasangan yang mudah hamil, tapi ramaaaiii yang kata untuk hamil tidak semuah itu.

Percayalah rezeki Allah itu amat luas dan ia telah tertulis untuk kita sejak dahulu lagi. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok, atau mungkin juga tahun depan Allah dengan kasih sayangnya menganugerahkan kita seorang anak.

Oleh sebab itu jangan lah berkecil hati saudara-saudari, dan jangan pula merasa rendah diri kerana perancangan Allah lah yang terbaik untuk kita. Allah punyai rancangan yang lebih baik untuk kita.

Asas kepada amalan dan doa yang mudah makbul adalah keikhlasan.

Doa mesti, ikhtiar pun perlu. Malah dengan doa menjadikan kita seorang hamba yang berserah diri kepada yang maha berkuasa. Sudah semestinya doa perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ikhtiar. Ini antara amalan untuk Mudah Hamil secara Islam yang boleh kita amalkan.

Letakkan Niat yang baik untuk hamil
Berkemungkinan kita belum bersedia. Allah lebih tahu akan hambanya, mungkin disinilah Allah uji kita agar lebih bersedia. Mungkin juga dengan ujian ini, sebagai satu cara agar kita dapat dekat dengan Allah. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Amalan Berdoa
Ia adalah satu cara yang "direct" kita memohon pada yang maha pencipta. Bacalah doa nabi ibrahim ini apabil selesai solat. Suatu kisah didalam al-quran tentang Sarah, iaitu isteri Nabi Ibrahim adalah seorang yang mandul dan usianya juga sudah tua. Berkat doa ini, Nabi Ibrahim a.s. dianugerahi seorang anak Ishak a.s. (dari Sarah), dan Ismail a.s. (dari Hajar).

Doanya adalah ;
Ertinya :
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. – As-Shaffat: 100

Selain dari doa Nabi Ibrahim diatas, sila lah amalkan doa dari surah al furqan.

Doanya adalah :
Ertinya :
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
– Al-Furqan: 74

Lakukan Solat Hajat
Apabila kita mengharapkan Allah untuk memakbulkan doa, tiada lah yang lebih baik dari solat memohon hajat kepada Allah. Lakukan solat ini sekerap yang mungkin. Jika mampu buatlah setiap malam. Jika tidak seminggu sekali paling-paling pun sekali sebulan.

Tuliskan diatas kertas permintaan, rancang permintaan kita dengan Allah. Doa dalam bahasa melayu akan membuatkan kita lebih rasa keikhlasannya.

Rancang doa yang baik didalam solat hajat, sebagai contoh memohon kepada Allah agar Allah menganugerahkan zuriat yag soleh. Tidak salah jika kita sekali lagi berjanji dengan Allah untuk menjaga dan mendidik anak yang bakal lahir nanti menjadi pejuang islam, yang akan mendahulukan agama lebih dari isi dunia.. dan kita berjanji dengan Allah untuk melengkapkan anak-anak ini dengan ilmu agama yang secukupnya. Mintalah apa-apa yang baik untuk anak ini moga-moga setiap doa kita di makbulkan oleh Allah yang maha kaya.

Bersedekah
Salah satu usaha yang boleh diusahakan adalah dengan memperbanyakkan sedekah. Bersedekah ini bermaksud dengan memberi makan kepada orang yang layak. Salah satu caranya adalah dengan IBADAH KORBAN. Ikut kepada kemampuan, jika anda mampu sebahagian atau seekor tiada halangan. Bukan kecil atau besar binatang korban itu yang menjadi sebab. TETAPI yang paling penting ibadah korban itu mendapat keredhaan Allah. Contohilah korban habil berbanding qabil melalui peristiwa korban yang tercatat di dalam Al-quran.

Ikhtiar Terakhir
Sebagai insan yang lemah dan berharap akan redha dan rahmat Allah, apakah ikhtiar terakhir yang kita ada? 

Orang kata, biar 90% doa, tapi usaha 10%. Dengan cara ini, kita meletakkan Allah dahulu berbanding usaha. Sememangnya tiada daya dan kekuatan melainkan dari kekuasaan Allah. 

Apabila doa kita telah first class..

Usaha atau ikhtiar juga mesti lah first class.

Dibawah ini adalah satu testimoni fresh dari seorang pengguna yang menggunakan GLA dan Vita-lea sebagai asbab beliau untuk hamil. Alhamdulillah ikuti Whatsapp Chat beliau dibawah.



Apakah GLA?
GLA adalah singkatan daripada perkataan Gamma Linolenic acid. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6.

Apakah Vita-Lea?
Ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.

GLA dan Vita-lea sudah berabad terbukti berkesan membantu kecantikan kulit dan kestabilan hormon. 

Ia membantu dalam menangani hal:
  • Kesuburan/ sukar hamil 
  • Simptom senggugut 
  • Mengekalkan pertumbuhan, 
  • Mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral 
  • Pembinaan tisu
  • Horman tidak stabil 
Itulah serba sedikit set kehamilan mudah yang Nadia ingin kongsikan hari ini. Apabila kita telah berdoa dan berusaha dengan pelbagai cara, tibalah saatnya kita menyerahkan diri ini sepenuhnya kepada Allah S.w.t dan mengharap rahmatnya sentiasa berada disisi kita. 

Nadia doakan semoga setiap tips yang dikongsikan ini dapat di manfaatkan oleh pembaca semua. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa dan mohonlah kasih sayang dari Allah semata-mata.

"Ya Allah, kurniakanlah zuriat soleh dan solehah kepada kami yang berusaha ini ya Allah. Kabulkan permintaan mereka, murahkan rezeki mereka ya Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan bantuan dan pertolongan dari Allah." Aamiin Ya Rabbal Alamiinn.

Pada rakan-rakan yang nak berusaha untuk hamil, Nadia cadangkan set kesuburan Shaklee untuk mudah hamil.  InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang Nadia ada, Nadia akan cuba memberikan nasihat dan bantuan sehingga anda berjaya hami. Amiin


 


Sunday, 6 November 2016

Rawat Pesakit Jantung dengan Program Shaklee

Apabila kita sebut saja tetang sakit jantung, semua orang mula gelisah kan.

Jantung ini satu organ yang sangat-sangat penting dalam tubuh badan kita. 

Jika awak nak tahu, besar jantung awak ni seperti segenggam penumbuk je.. 

tapi peranan dia sangat penting untuk megepam darah yang megandungi oksigen ke seluruh tubuh badan. 

Jantung kita ni bekerja tanpa henti dan berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

Gaya hidup moden yang tidak sihat adalah punca mengapa kita amat terdedah dan mudah untuk mendapat sakit jantung. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Merokok menambah kemungkinan untuk berisiko sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali ganda dari mereka yang tidak merokok. Di antara kesan asap rokok boleh membekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat.

Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan juga pengsan. Oleh itu, kita patut bertindak segera untuk langkah pencegahan daripada diserang penyakit jantung.

Salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pesakit jantung adalah Vivix. Nadia memang sangat rekomen Vivix kerana :





  • Vivix boleh meningkatkan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau lebih dikenali sebagai kolestrol baik yang melindungi diri kita daripada serangan penyakit jantung.
  • Vivix mampu mencegah lipoprotein berkepadatan rendah(LDL)  atau kolestrol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas. Ini kerana, LDL yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.
  • Vivix mencegah penggumpalan platelet kerana resveratrol bertindak mencegah sel-sel darah melekat antara satu sama lain yang seterusnya akan membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyumbat saluran kecil pada jantung, dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya serangan penyakit jantung.
  • Selain daripada itu, jika gumpalan ini tersekat pada saluran-saluran dalam otak, ia kan mengakibatkan serangan angin ahmar (strok).
  • Vivix menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan salur darah mengendur. Dengan itu ia akan meningkatkan pengaliran darah.
  • Dibawah ni Nadia sediakan beberapa testimoni user yang dah guna Vivix sebelum ini.




Segala penyakit ada ubatnya, dengan ikhtiar dan doa InshaaAllah peyakit jantung dapat di kawal dan pulih dengan baik. Nadia doakan agar setiap penyakit pembaca blog ini dapat di sembuhkan dan moga-moga amalan dan doa kita di terima Allah dan mendapat redhanya.




Thursday, 3 November 2016

Cara nak Sihat dan Kurus Paling Malas


Bila kita sebut nak sihat atau nak kurus semua orang nak kan?

Ade pula kawan-kawan kata nak sihat kena berbelanja besar, kena beli membership gym, beli basikal tak pon buat kolam renang kat rumah.

tak perlu semua tuUU... ade je cara yang lebih efektif, nak tahu caranya? Jom baca artikel ni.

Buat pertama kalinya Nadia berkongsi cara nak kurus paling malas dan sempoi dalam tempoh 4 minggu nadia dapat kurangkan 3.33 kg dari berat sebelum ini. Baju kerja yang lama pon Nadia boleh pakai ni.. haa.. nak tahu macam mana Nadia buat?

Alright!

Begini ye...

1. Senaman yang Kerap
Oleh kerana Nadia ni busy mommy.. siang sibuk kerja,,,
bila malam sibuk pula nak jaga anak-anak. Pada mereka yang sama situasi macam Nadia... 

I ade satu solution untuk uolss..

Amalkan pengambilan Lecithin untuk pecah lemak dan omega guard untuk pembakaran lemak berlebihan. Sambil-sambil tu buat kerja-kerja rumah, sapu lantai, mop la lantai kalau rajin, memasak pon boleh asalkan keluar peluh sikit. 

ingat satu je.. lagi rajin kita mengemas lagi cepat lah kita kurus kan...


2. Tidur Mesti Cukup
Siapa yang tak suka tidur? Rugi besar la sape yang tak suke tu... 

Satu fakta yang menarik untuk di kongsikan, tidur berkualiti 6-8 jam adalah satu cara yang baik untuk membantu tubuh badan kita recover semula. Proses ini lebih efisien jika kita tidur pada waktu yang sama.

Waktu tidur yang tak menentu ni bahaya.. 

lambat laun boleh datangkan banyak penyakit, kan lebih baik tiada penyakit dari kita mencari penyakit.. jadi tidur lah awal...

Setakat tidur awal, belum menjanjikan kita dapat tidur yang berkualiti. 

Satu lagi tip yang Nadia amalkan adalah ostematrix.. ni bukan pil tidur taw... 

Empat caplet Osematrix ni ade 1000mg kalsium untuk tubuh badan kita. Nadia ambil setiap hari sebelum tidur. Memang tidur nyeyak dan bangun penuh dengan keceriaan giteww..

3. Makan Sayuran dan Kurangkan Kopi, Gula, Garam dan Daging Merah
Bila sebut sayur mesti ramai yang tak suke kan..

jadi bila tak suka, macam mana nak sihat? 

Sayuran ni penting awak....

Untuk pemulihan dan ia sebenarnya sumber paling penting untuk tubuh kita... 

Apabila kita cukup vitamin dalam badan... Sekaligus kita akan terhindar dari pelbagai masalah penyakit.

Untuk nutrisi yang seimbang setiap pagi Nadia akan ambil Vitalea sebagai penganti sayur sayuran... Vitalea ni memberi nutrisi yang lengkap pada Nadia yang sebenarnya memang memilih nak makan sayur.. 

Oleh kerana Nadia sedang menyusu badan baby kedua, set menyusu Shaklee ni memang dah lengkap segala sumber nutrisi diatas, ianya amatlah baik untuk Nadia dan baby Ayra...

Nadia akan sambung semula artikel ni pada hari esok inshaaAllah 

jumpa esok ya...