Monday, 19 September 2016

Diet Untuk Kehamilan Yang Sihat


Assalamualaikum...

Semasa melayari internet sebentar tadi, Nadia terjumpa artikel yang bagus tentang kehamilan. So, Nadia nak kongsikan inti pati kandungan artikel tersebut disini supaya ilmu yang Nadia perolehi ni dapat di sebarkan pada semua ibu-ibu yang mengandung sekarang ni InshaaAllah.

Kenapa ibu perlu vitamin yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan? Ikuti artikel yang di susun oleh Nadia ni ya..

Secara ringkasnya, artikel tersebut membincangkan mengenai pemakanan ketika hamil bermula dari trimester pertama sehingga trimester ketiga.

Antara kandungan arikel tersebut ialah :

1) Wanita hamil sangat perlu mengamalkan pemakanan secara sihat. Ia  demi kebaikkan kedua-duanya, si ibu serta bayi dalam kandungan. Setiap hari wanita hamil perlu makan makanan daripada empat kumpulan makanan iaitu buah-buahan dan sayuran, makanan berkanji, makanan kaya protin serta produk tenusu. Setiap kumpulan makanan ini memberi nutrisi dan zat yang berlainan.

2) Perlu diingatkan, wanita hamil tidak memerlukan kalori tambahan untuk enam bulan pertama. Jadi, ibu hanya perlu makan seperti biasa. Bagi tiga bulan terakhir, wanita hamil memerlukan kira-kira 200 kalori tambahan setiap hari. Jika ibu mengalami pedih ulu hati di akhir kehamilan, amalkan makan dalam kuantiti sedikit tapi secara kerap.
Siapa lagi bam bam? abang ke adik?

3) Wanita hamil memerlukan vitamin dan mineral tambahan antenatal sebagai satu jaminan untuk memenuhi keperluan nutrien badan. Wanita hamil disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini. Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.

4) Sepanjang kehamilan, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan. Ini untuk kebaikkan bayi anda. Antaranya :
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.
5) Wanita hamil tidak boleh berdiet. Ini kerana, ia mungkin berbahaya kepada si ibu dan bayi. Dengan diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin serta mineral yang penting. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah perkara  biasa. Just rilex, and enjoy the moment..


Namun begitu, jika berat badan anda naik secara mendadak dan berlebihan, sila ubahsuai diet serta lakukan senaman. Apapun mintalah nasihat doktor yang pakar.

So, itu antara point-point penting dalam artikel tersebut. Nadia harap perkongsian info ini bermanfaat kepada semua.

Bagaimana Set Hamil Shaklee boleh membantu?

Set kehamilan Shaklee merupakan set kehamilan paling lengkap yang berada dipasaran. Pengambilan set ini secara konsisten dapat membekalkan nutrisi serta zat yang secukupnya dan memberikan kesan yang baik kepada si ibu dan anak dalam kandungan. Antara kandungan dalam set kehamilan ialah seperti berikut:

1. Energizing Soy Protein (ESP)
2. Vita-lea
3. Vita-C
4. B-Complex
5. Ostematrix
6. Omega guard (diambil pada trimester keduan dan ketiga)


Jadi, kepada ibu hamil diluar sana yang ingin bertanya lanjut mengenai set kehamilan Shaklee boleh lah hubungi / whatsapp Nadia (019-2559377). Nadia akan terangkan secara terperinci mengenai set ini serta cara pengambilannya bagi mendapatkan kesan yang terbaik.