Friday 14 October 2016

Pentingkah Vitamin Semasa Hamil?


Setipa ibu yang mementingkan kesihatan kandungan dan diri mesti pernah terlintas di dalam hati dengan soalan diatas... Adakah PENTING Vitamin Semasa hamil?

Untuk makluman ibu dan bapa sekalian,

Jika keadaan kandungan dan ibu sentiasa sihat  dan normal, sekurang-kurangnya Ibu perlu mengambil vitamin B atau asid folik sebagai supplemen tambahan harian.

Pada awal-awal kehamilan, sememangnya ibu-ibu tidak memerlukan makanan tambahan lain bagi mendapatkan vitamin dan mineral. Cukup sahaja jika ibu mampu memastikan yang ibu dapat makan pelbagai makanan yang sihat. Tetapi, apakan daya, kadang-kadang ibu yang bekerja tidak dapat memperolehi makanan berkhasiat atas pelbagai faktor. 

Sebaik-baiknya Ibu yang kekurangan masa untuk menyediakan makanan berkhasiat di rumah, perlu mendapatkan diet yang seimbang sebagai satu cara alternatf terbaik untuk mendapatkan nutrisi yang ibu dan kandungan perlukan. 

Makanan atau supplemen perlu ada sumber makanan yang sihat mengikut empat kumpulan makanan berikut: 

Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.

Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi. 

Anda juga boleh gunakan pelan hidangan harian kami, yang disediakan khas oleh pakar nutrisi kami untuk membantu anda mendapatkan nutrien yang sesuai mengikut masa. 


Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan. 

Realitinya, sememangnya kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan.

Ikuti sambungan artikel siri ke 2