Saturday 15 October 2016

Ibu hamil perlukan supplemen yang sesuai dengan tubuh


Pada artikel lepas, Nadia dah kongsikan sedikit info tentang konsep multivitamin yang perlu ibu "consume" setiap hari sepanjang kehamilan.

Bagi memastikan yang ibu mendapat zat dan khasiat sepenuhnya, ibu disarankan tidak mengambil Multivitamin mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, yang mana jika diambil pada dos yang tinggi boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan.

Walau bagaiman pun, jika multivitamin tersebut adalah vitamin A daripada sumber tumbuhan atau di panggil betakarotin ia selamat untuk bayi.
Selain mengambil vitamin A, asid folik amat penting dalam pembentukan bayi dalam kandungan. Ibu harus berusaha untuk menyediakan makanan yang banyak mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. 
Folat ini terkandung dalam sayur-sayuran hijau, kekacang, buah dan extrak daging lembu. Kebanyakkan roti dan bijirin sarapan hari ini juga mempunyai asid folik.

Mengapa Asid Folik Penting?
Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Jika doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), beliau mungkin memberikan suplemen zat besi. 


Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang. 

Baiklah, sekarang ini Nadia pasti yang ibu-ibu telah sedar yang betapa pentingnya pengambilan vitamin untuk zat dan tenaga tambahan pada ibu. 

Justeru nadia rasa semua ibu-ibu sudah mula setuju betapa pentingnya kita mengambil vitamin bagi mengekalkan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

Apakah set vitamin yang di perlukan oleh tubuh ibu dan bayi? 

Nadia akan kongsikan esok